Isnin, 18 November 2019

Oleh. Norafzah Dollah
PENDEKATAN PADA RAKYAT PERLU BERHEMAH
Telipok. Sebagai memperkasa kerajaan PH masa kini setiap wakil parti politik yang diamanahkah mendampingi santai santai bersama orang orang kampung memerlukan ketertiban sopan santun dan tidak mempamerkan sebarang pergeseran dengan rakan rakan dalam pakatan harapan, keunikan dalam Sabah memiliki berpuluh etnik kaum dan pelbagai agama masih lagi mampu makan minum semeja kearah maufakat kearah memperkukuhkan kerajaan PH kita masa kini pimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad tanpa perlu rasa curiga mencurigai dalam konsep Pakatan Harapan.
Suara sekilas santai bersama penduduk Kg.  Kebayau Tamalang Telipok oleh Razali Razi Ketua Bersatu Bahagian Sepanggar ketika ramah mesra bersama orang kampung khususnya keluarga terdekat beliau di Kampung Kebayau dekat sini.
Kru Media Norafzah Dollah sempat mendengar santai bersama keluarga beliau sambil disaksikan Tuan Arman Karim @ Doriso Ketua Pengarang Kumpulan dan Pengarah Urusan Pengiklanan Media Terkini tanpa diduga oleh Razali Razi jelasnya.
Media Terkini dimaklumkan Razali Razi memiliki ramai saudara dikampung Kebayau Tamalang jelas penduduk setempat.
Razali Razi lebih santai menggalak belia beliawanis menubuhkan persatuan bukan kerajaan NGO sebagai memperkasa suara generasi muda mudi yang terlalu kuat katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan