Sabtu, 23 November 2019

AWAS PELANCONG KUASAI PEMINTA SEDEKAH?
Sabah. Sejak sepuluh bulan lepas negeri Sabah menjadi tempat pelancong meminta sedekah yang terlalu ramai setiap hari dengan pelbagai ragam tanpa pengawasan pihak berkuasa tempatan, antara lain teknik mereka ialah bermain musik memasuki semua kedai makan dan kedai kopi disamping ada yang membawa tulisan bergambar terlantar wanita atau lelaki tua dikatil menyerupai hospital sebagai senjata mereka meminta sedekah setiap hari dari awal pagi hingga kepetang.
Antara luahan warga anak negeri Sabah yang menemui kru media bersama serahan gambar pelancong bermain seruling labu dengan meminta derma dari warga Sabah yang ditemui sepanjang hari selama pas lawatan mereka hidup berada dinegeri Sabah.
Pihak berkuasa tempatan gagal dihubungi bagi mendapat ulasan lanjut berkaitan isu ini apakah tindakan bagi mengekang mereka melakukan kerja serupa demi mengaut keuntungan kewangan yang banyak dan senang.  Oleh. Helary Sukiono

Tiada ulasan:

Catat Ulasan