Jumaat, 15 November 2019

PBS MANTAP DENGAN DORONGAN PEMIMPIN SEIRING KEAKAR UMBI Oleh. Jasly Dollah
Sejajar dengan semangat baru suntikan semangat
 Kongres PBS ke 34 mampu membawa jentera bahagian sehingga keperingkat
cawangan menyusun ahli ahli baru berganding ahli ahli lama yang masih kebal dan setia dalam perjuangan parti walau dilanda badai ombak besar tidak karam ditengah lautan malah mampu menakluki badai melanda sehingga berlabuh kejayaan ditepi pantai umpama semangat memulihkan kegemilangan parti dimasa lalu.
Demikian luahan semangat juang  Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 Ketua Bahagian PBS N. 13 inanam dalam wawancara media terkini bagi menyatukan ahli dan penyokong PBS sepanjang menunggu pru ke 15 apa tak lagi dalam situasi PBS berada dalam klompok parti pembangkang, malah Ajis yakin sudah ramai warga anak negeri Sabah kembali kepada PBS secara rela hati tanpa sebarang paksaan terutama diseluruh Inanam sebaik menyedari mereka tersilap memilih parti politik pada masa pru oe 14 yang lepas dimana ikrar golongan terlibat membantu berkempen bersama memulihkan sokongan terhadap PBS bermula dari sekarang demi membuktikan sinar kemenangan dalam pilihan raya akan datang.
Ajis juga yakin PBS N. 13 Inanam maufakat menjejaki rakyat jelata setempat berjuang bersama mereka bagi menawan DUN Inanam dalam pilihan raya kelak jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan