Selasa, 19 November 2019

PEMERIKSAAN SELURUH TELIPON RAKYAT TIADA KUASA POLIS ?
Oleh. Jasly Dollah
Kuala Lumpur. Isu pemeriksaan semua telipon orang ramai yang disiarkan akbar tempatan Sabah jelas bukan dalam bidang kuasa penuh pihak Polis melainkan golongan yang dilaporkan jenayah atau suspek penjenayah juga tersenarai dilaporkan kepada pihak polis sahaja dan bukan merangkumi seluruh rakyat Malaysia, penjelasan Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan melegakan seluruh rakyat Malaysia yang bersih dari rekod jenayah walaupun berbeza agama dan bangsa serta kefahaman politik rakyat mahukan kebebasan dan keselesaan bagi membawa telipon dimana mana tanpa kekangan pihak berkuasa sesuka hati seolah olah semua pemegang telipon itu orang yang bersalah sehingga disiasat keseluruhan anggota Polis yang diarah pihak kerajaan ujar mereka.
Tan Sri Musa Hassan jelas masih bersimpati dengan nasib rakyat yang tertekan dengan berita bahawa Polis akan menyiasat semua telipon orang ramai bagi mencari penyebar maklumat palsu tanpa mengira siapapun demi mengekang penyebaran maklumat palsu dalam negara ini.
Tan Sri Musa Hassan mengulangi hanya suspek yang telah dilaporkan sahaja dimana mana Balai Polis akan terus disiasat bagi mengumpul bahan bahan bukti sebagai langkah seterusnya untuk pendakwaan jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan