Khamis, 14 November 2019

 15 Nov 2019
Suasana Kongres PBS Ke 34
Oleh. Huzera Ben
DEWAN KDCA
 PENAMPANG
Pejuang PBS perlu lah memainkan kerja keras diperingkat
akar umbi demi mengembalikan sokongan semula seluruh rakyat Sabah terhadap perjuangan parti terutama memberi penerangan menyeluruh bermula dari bahagian, pemuda dan wanita khususnya seluruh cawangan PBS tanpa rasa jemu sejajar dengan tanggongjawab mereka mengembalikan kegemilangan PBS kembali menjadi kerajaan negeri dengan menawan majoriti besar kerusi DUN Sabah pada pru ke 15 akan datang.
Kongres PBS ke 34 dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Maxsimus Johinity Ongkili Presiden Parti Bersatu Sabah.
Semangat para perwakilan bahagian berkobar kobar dalam kongres dan Presiden PBS mahu semangat seumpama bukan sahaja ditunjuk dalam kongres parti malah lebih ditumpukan kepada setiap pelusuk kampung agar mampu melahirkan para pemimpin pelapis muda mudi berwibawa berhadapan dengan pelbagai jentera pihak lawan meraih sokongan rakyat dari masa kesemasa.
Kehadiran kru media terkini mengejutkan sebilangan pemimpin pbs yang muka lama dan golongan yang memang tak senang dengan Media yanh hadir dimajlis tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan