Khamis, 21 November 2019

Oleh. Williem Anak Lagau
ADA KOMPLOT MENUKAR MPN NEGERI?
Kuching. Pengurusi MPN Sarawak YB. Baru Bian telah membayangkan ada komplot cuba menukar pimpinan negeri berikutan pelbagai isu yang dijelaskan dalam media masa terkini dibumi kenyalang, malah sebagai pemimpin lama dalam PKR ianya tidak menggugat perjuangan YB Baru Bian selagi rakyat kawasan nya memberi sokongan beliau selaku Ahli Parlimen sehingga akhir penggal parlimen akan datang.
Menurut berita panas bumi kenyalang beberapa hari lalu beberapa pemimpin PKR Sarawak mencadang YB Ali Biju sebagai calon Pengurusi MPN negeri sebagai pengganti YB Baru bian yang dilaporkan telah dikemukakan kepada Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), kebanyakan penyokong PKR Sarawak hairan krisis serupa berlaku tanpa dibincangkan menerusi tertutup demi kebaikan parti yang menerajui kerajaan Malaysia dalam gabungan Pakatan Harapan sebaik menewaskan Barisan Nasional pada PRU ke 14 yang baru berusia menjangkau hampir 2 tahun jelas mereka.
Penyokong PKR Sarawak yakin Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim mempunyai cara politik matang memperbaiki krisis dalaman parti setelah menemui semua wakil Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri wakil PKR dinegeri Sarawak jelas mereka hari ini semasa kunjungan kru media terkini bagi mendengar suara akar umbi parti PKR setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan