Ahad, 20 Disember 2020

 SEGALA YANG KELIHATAN DIMUKA BUMI ADALAH PETUNJUK MAHA KUASA 

Oleh. Jasly Dollah 

Ramai masyarakat hari ini hidup bersandarkan keagamaan bagi mendapat keimanan yang lebih sempurna disamping  berniat memperkasa niat membantu golongan yang susah namun hakikatnya ia hanya ungkapan sekadar dibibir berikutan melihat orang susah sebenar amat jauh menghulur bantuan malah bantuan fakir sekalipun meminta sedangkan harta benda tak habis wang tamaman dan kenderaan motor bersusun dihalaman rumah tetap juga menagih bantuan pihak berkuasa negeri. 

Dalam mengejar keimanan dimuka bumi ini banyak yang terlepas pandang apabila harta yang ada tidak habis pakai namun terus menagih bantuan golongan fakir yang tidak memiliki harta benda serta rumah usang sedangkan golongan lain rumah batu bersusun kereta motor terus mengharap mendapat agihan bantuan orang tergolong susah jelas masyarakat yang ditemui.

Selain dari itu ada juga yang berwatak orang alim dalam keagamaan umpama 'Orang Guru' namun melintas warga miskin ditepi jalan dengan kereta besar bagai tak nampak dengan memecut laju kenderaan mereka entah dimana letak keimanan diri golongan terlibat seolah olah hanya bertopeng keagamaan sahaja jelas warga miskin yang ditemui.

Beberapa masyarakat dan warga miskin yang menemui kru Media Terkini Borneo Utara sempat membawa melakukan tinjauan golongan tertentu yang mewah rumah, bersusun kenderaan dan motor serta kebun buah sekeliling rumah namun terlalu jauh membantu orang susah malah fakir miskin menumpang kenderaan mereka pun dikenakan sewa sebaliknya setiap agihan bantuan fakir miskin golongan terlibat turut minta senarai ujar mereka yang penuh keciwa.

Hati hati dalam meniti kehidupan jika harta mampu dilihat masyarakat sekeliling diluar rumah elok menghayati hukum keagamaan yang sebenar malah orang yang warak dalan agama sekalipun perlu bertanya pada hukum hakam agama apa yang perlu dubuat melihat fakir miskin berjalan kaki ketika seseorang guru agama melintasi wajarkan kenderaan mereka dipecut laju tanpa menghulur bantuan ujar sebilangan warga negeri Sabah yang ditemui.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuat iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kebenaran dari penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan