Sabtu, 12 Disember 2020


 BN UMNO MAMPU RAIH SOKONGAN RAKYAT JIKA SEGERAK LANGKAH  

Oleh. Jasly Dollah 

Kuala Lumpur. Umno BN boleh kembalikan semula sokongan rakyat jelata diseluruh negara jika gerak kepimpinan diperkasakan sehingga keakar umbi menerusi gandingan mantap seluruh kepimpinan baru dengan yang lama tanpa ada keciciran dikalangan seluruh rakyat jelata termasuklah negeri Sabah.

Amanat ini disampaikan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO sebagai peringatan isu kekalahan UMNO BN sehingga menjadi parti pembangkang pada PRU ke 14 yang lepas dimana ia satu sejarah kelemahan kepimpinan yang tidak sepakat namun kini satu menjadi harapan termasuklah Sabah pimpinan Dato' Seri Bung Mokthar Raden selaku Pengurusi UMNO Sabah mampu menggalas tugas bersatu didalam perjuangan tanpa berbelah bahagi. 

Semua pemimpin UMNO dan BN harus bersatu mengembeling tenaga mendampingi seluruh rakyat dengan memberi pencerahan penuh sebagai meyakinkan agenda perjuangan semula agar rakyat mampu menerima kecemerlangan UMNO dimasa akan datang.

Bagi UMNO Sabah seluruh pemimpin bahagian mahupun cawangan harus sama sama bersatu memberi kerjasama dengan Dato' Seri Bung Mokthar Raden sebagai Pengurusi UMNO Sabah agar kekuatan parti tersebut kembali menyerlah dan meraih sokongan padu dikalangan rakyat negeri ini dari masa kesemasa demi mengembalikan kepimpinan prihatin terhadap keseluruhan rakyat negeri ini dan Malaysia amnya.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan pelbagai pengiklanan perniagaan tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan