Sabtu, 19 Disember 2020


 COVID 19 SERANG 75.22 JUTA PENDUDUK DUNIA  

Oleh. Huzera Ben 

Whasington. Penyakit Covid 19 sudah menjangkiti lebih 75.22 juta orang seluruh dunia hari ini disamping meragut nyawa lebih 1.66 juta orang tanpa memilih bangsa dan agama mahupun darjat setiap mangsa.

Dalam rekod kesembuhan seluruh dunia sehingga kehari ini berjumlah 52 juta orang.

Amerika Syarikat terus mendahului kes jangkitan Covid 19 dengan melebihi 17.59 juta dengan jumlah kematian melepasi 317,524 disusuli India dengan jangkitan melebihi 9.97 juta orang manakala kematian melepasi 144,000 orang.

Bagi negara Brazil jangkitan Covid 19 melepasi 7.11 juta orang dengan kematian sehingga kini berjumlah 184,000 orang manakala negara Rusia jumlah jangkitan 2.76 juta orang dengan kematian 49,000 orang, bagi negara Francis telah mencatat jangkitan Covid 19 hingga hari ini mencecah 2.42 juta orang dengan kematian melepasi 59,000 orang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kebenaran dari penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan