Khamis, 17 Disember 2020

 COVID 19 RAGUT LEBIH 1.65 JUTA NYAWA 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Lebih 74 juta orang telah dijangkiti penyakit Covid 19 seluruh dunia sehingga hari ini dengan kematian melebihi 1.65 juta orang namun masih lagi tidak dihiraukan segelintir masyarakat walaupun penyakit tersebut sukar disembuhkan.

Serangan Covid 19 tertinggi masa kini di Amerika Syarikat dengan jangkitan pesakit berjumlah lebih 17.38 juta orang manakala ianya telah meragut lebih 314,514 nyawa sehingga hari ini.

Bagi negara India pula lebih 9.95 juta orang dijangkiti Covid 19 dan korban nyawa pula sudah melebihi 144,000 orang.

Negara Brazil hari ini mencatatkan jangkitan Covid 19 melebihi 7 juta orang dengan rekod kematian petang tadi melebihi 144,000 orang.

Bagi rekod Covid 19 di negara Francis Covid 19 menjangkiti lebih 2.40 juta pesakit bersamaan lebih 59,000 korban nyawa dimana perlu disedari seluruh masyarakat negara negara membangun perlu memakai pelitup muka dengan sempurna serta mematuhi penjarakan sosial sekurang kurang nya 1 Meter setiap seorang.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan sebarang iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan