Khamis, 10 Disember 2020


 PROGRAM GOTONG ROYONG KG.LOPUTUNG BERJAYA 

Oleh. Jasly Dolah 

Tamparuli. Parti Peribumi Bersatu Malaysia Kg. Loputung N. 14 Tamparuli bersama Badan JPKK telah berjaya menganjurkan program bergotong royong membersih tanah perkuburan serta mini dewan kampung tersebut bersama seluruh penduduk sekitar dari pelbagai keahlian parti politik penyokong kerajaan negeri dan pusat amnya. 

Program bergotong royong tersebut dketuai En. Paranting Lipayan  selaku Pengurusi JPKK Kg. Loputung merangkap Ketua PDM Bersatu mukim Gaya Ratau kawasan N.14 Tamparuli bermula jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang ujar beliau.

En. Paranting Lipayan menggerak majlis tersebut sebagai memberi semangat warga kampung menjayakan program seumpama demi mengekalkan kebersihan seluruh perkampungan penuh permaufakatan ahli ahli parti penyokong kerajaan negeri Sabah dan Persekutuan amnya jelas beliau.

Menurut penduduk Kg. Loputung pelbagai usaha yang telah dibuat oleh En. Paranting Lipayan terhadap kemajuan perkampungan mereka melibatkan jambatan laluan kenderaan menyeberangi sungai serta jambatan gantung yang hampir siap masa kini jelas mereka. 

Paranting Lipayan disifatkan warga Kampung Loputong dan mukim Gaya Ratau sebagai pemimpin berwibawa keatas segala urusan kemajuan kampung yang diperlukan semua penduduk setempat hasil pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan jelas masyarakat setempat.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan