Ahad, 6 Disember 2020


UMNO BOLEH TERAJUI MB JIKA MENDAPAT SOKONGAN 

Oleh. Basron Kirwan 

Perak. Pergolakan politik negeri ini kini panas berikutan Menteri Besar nya telah meletak jawatan yang telah dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak beberapa hari lepas.

Dalam konteks politik negeri ini yang BN dari UMNO memiliki 25 kerusi, BERSATU 5 kerusi, PAS 3 kewajaran dari UMNO menjadi Menteri Besar bukan perkara mustahil asalkan mendapat sokongan semua Dun Bersatu dan Pas tanpa berbelah bahagi demi mempertahankan teraju BN dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan baharu.

Diharap Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi boleh memberi satu semangat baharu kepada Perikatan Nasional bagi mempertahankan kerajaan baharu Perak tanpa mengikat dengan ahli ahli Dun parti pembangkang bagi memilih Menteri Besar yang baharu kelak.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan