Isnin, 28 Disember 2020

 COVID 19 SERANG DUNIA HINGGA 81 JUTA ORANG DIJANGKITI 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dalam serangan jangkitan Covid 19 seluruh dunia hari ini telah mencecah 81 juta orang dengan kematian mencapai 1.77 orang sehingga kehari ini dan perlu diambil iktibar oleh seluruh lapisan masyarakat walau dimana juga berada.

Walaupun kesembuhan Covid 19 seluruh dunia mencapai 57 juta orang sehingga hari ini namun tidak bermakna orang ramai boleh mengabaikan SOP setiap pemerintah dalam negara masing masing apa tak lagi bagi negara negara kecil yang sedang membangun sudah pasti masyarakat harus berwaspada setiap hari demi keselamatan nyawa masing masing.

Amerika Syarikat negara tersohor sekalipun masa kini terus menjadi nombor satu serangan virus Covid 19 dimana jangkitan mencecah 19 juta orang dengan jumlah kematian melebihi 341,000 orang.

Bagi negara India pula sehingga hari ini telah dijangkiti 10 juta pesakit Covid 19 manakala jumlah kematian pula mencecah 147,000 orang dituruti negara Brazil dengan jumlah jangkitan 7 juta orang sementara kematian telah mencecah 191,000 orang.

Satu lagi negara yang tergolong sebagai negara maju masa kini ialah Rusia yang memiliki kecanggihan teknologi moden namun Covid 19 telah menjangkiti negara ini berjumlah 3 juta orang manakala jumlah kematian telahpun melebihi 54,000 orang sehingga masa kini.

Sama sama memerangi dan menghindari jangkitan Covid 19 demi nyawa semua lapisan masyarakat diseluruh dunia khususnya negara negara membangun.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuatkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kebenaran penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan