Jumaat, 11 Disember 2020




ORANG ASAL SABAH 1850 HINGGA 1959 

Oleh. Gason Dumiri 

Borneo Utara. Sejarah dahulu mengetengahkan kehidupan orang asal yang hidup serba kekurangan tidak memiliki kehidupan serba mewah seperti hari ini namun cukup selamat walaupun rumah mereka tidak memiliki kunci rumah secanggih masa kini tidak ada kes curi pecah rumah berlaku disetiap perkampungan orang asal Borneo Utara. 

Setiap rumah orang asal Borneo Utara dahulu memiliki SINALAPA tempat menyimpan ramuan SIREH sebagai santapan para tetamu rakan rakan yang bertandang dirumah rumah orang asal Borneo Utara tegas beberapa orang asal Borneo Utara yang sempat ditemui kru Media Terkini beberapa bulan yang lepas.
Sungguhpun rumah orang asal Borneo Utara terlalu usang dahulu namun keluarga terlibat cukup selamat tanpa ada yang berani melakukan kejahatan dalam setiap perkampungan akibat terlalu kuat adat istiadat warga dahulu yang kuat menyebabkan ketakutan menyelubungi masyarakat sejagat  dalam melakukan kejahatan. 
Kekuatan adat ini membolehkan keselamatan orang asal Borneo Utara dahulu sentiasa selamat harta benda mereka walaupun majoriti rumah mereka serba dhaif dan dipandang senang dimasuki dengan mata kasar namun itu lah kekuatan orang asal Borneo Utara sehingga tidak ada seorang pun boleh memberanikan diri melakukananjakan kejahatan menceroboh rumah atau sulap padi yang berjauhan dengan rumah kediaman pemiliknya. 
Bagaimana nasib harta benda orang asal Borneo Utara masa kini jika rumah kediaman orang asal masih dalam keadaan seperti dahulu tanpa kesempurnaan rumah dan sering ditinggalkan tanpa penjaga berbulan lamanya terutama padi disulap hanya di ikat pintu dengan rotan berbulan lamanya tentu masa kini sudah tidak selamat lagi akui masyarakat orang asal yang ditemui.















Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan sebarang iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan