Ahad, 13 Disember 2020

 GPS TIDAK MENANDATANGI PERJANJIAN KUASA BESAR  

Oleh. Kuijol Hairul 

Sarawak. GPS tidak berminat menyertai tanda tangan kuasa kuasa besar dalam politik negara memandangkan sudah cukup saling mempercayai dengan semua rakan rakan seperjuangan BN, PN yang telah berjaya membentuk kerajaan dalam negara masa kini yang penting saling mempercayai diantara satu sama lain.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman yang juga Menteri Pelancongan Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak berkata demikian di Kg. Tembirat dekat sini bagi mengulas menandatangani permaufakatan kuasa politik besar yang dicadangkan Datuk Hamzah Zainudin baru baru ini. 

Beliau yakin kepercayaan dan kerjasama dalam perjuangan politik lebih penting berbanding membuat tanda tangan namun saling mencurigai diantara satu sama lain selepas melakukan tanda tangan perjanjian yang hanya merugikan segala perancangan bersama ujar beliau. 

Sehingga kini GPS terus komited menyokong pembentukan kerajaan Malaysia antara UMNO BN, PAS dan BERSATU walaupun tidak menyertai dalam PN mahupun MN sehingga kini namun keiklasan dalam sokongan menjadi tunjang perjuangan setia kawan prinsip perjuangan mereka. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan