Jumaat, 18 Disember 2020


 TAMU MINGGUAN TIDAK DIBENARKAN  

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Tindakan pihak berkuasa tempatan menghalang penganjuran Tamu Mingguan tanpa mematuhi SOP wajar dikekalkan selagi penyakit Covid 19 masih diangka tiga masa kini diseluruh negeri ini.

Sejak beberapa hari lepas banyak yang cuba memulakan tamu pagi tanpa SOP dibeberapa kawasan seperti Tamparuli (Rabu), Telipok (Khamis), Menggatal (Tiap Hari Ke 10) namun sempat dipantau pihak berkuasa tempatan seawal jam 08.30 pagi dan diarah bersurai.

Menurut sumber maklumat orang ramai sesetengah orang asal negeri ini sanggup duduk sama berjualan tamu mingguan dengan rakyat yang diragui status golongan terlibat yang sanggup bergerak berjualan disetiap pekan serta daerah setiap hari tanpa mematuhi SOP dan PENJARAKAN dengan orang ramai.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan perniagaan tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan