Sabtu, 12 Disember 2020


 GPS SARAWAK PEMBELA RAKYAT 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Sarawak. Kerajaan GPS negeri ini pimpinan Datuk Seri Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri Sarawak komited membela semua permasaalahan rakyat jelata diseluruh negeri walaupun secara berperingkat namun tidak ada yang tersisih antara bandar mahupun kawasan perkampungan terpencil.

Agenda GPS adalah mahu membela semua lapisan rakyat berbilang kaum selagi mandat diberi menerajui kerajaan negeri oleh seluruh rakyat bumi kenyalang tegas Daniel Bujal Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak dekat sini.

Beliau berkata demikian dalam majlis bersama rakyat bagi penyerahan bantuan beberapa alat binaan terhadap masyarakat di Tanjung Bekakap dan Sungai Melanggan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew merangkap Pengurusi Parti Rakyat Bersatu  Sarawak (SUPP) Bawang Assan dengan mendapat sokongan penuh masyarakat setempat.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan