Ahad, 13 Disember 2020



 PRODUK DARI PEMBUANGAN SAMPAH TIDAK DIKENALI SEBAIK DIBERSIHKAN  

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Kumpulan pengutip produk buangan dari tapak pelupusan sampah mampu mengutip berguni guni setiap hari pelbagai produk yang dibuang dan ianya melalui proses pembersihan serta pengeringan mana mana yang masih kelihatan baik serta boleh dijual walau dengan pelbagai cara pemasaran termasuklah laman sosial yang terpantas mendapat sambutan tanpa mengira harga asalkan berjenama walaupun produk pembuangan sampah. 

Dimana mana negara pasti ramai menjadi pekerja pemungut barangan ditapak pelupusan sampah setiap hari selagi bersusun lori membuang barangan dari pelbagai tempat termasuk barangan kilang yang hampir tamat tempoh tidak terjual pasti tertumpu kepada tapak pelupusan sampah tempatnya.

Bayangkan lah dalam sehari berapa puluh tan produk yang dibuang sekitar tapak pelupusan sampah dalam satu satu daerah yang bakal dikutip berpuluh orang pekerja pemungut sampah sebagai pencarian mereka untuk dijual semula mana mana yang masih kelihatan sempurna selepas dibersihkan jelas orang ramai yang ditemui.

Berapa ramai pula masyarakat yang mengenali produk dari pelupusan sampah dijual sebaik dibersihkan oleh kumpulan pemungut sampah atau keluarga mereka (pemungut sampah) tang menjual secara terus atau menggunakan laman sosial sebagai menarik perhatian pembeli tanpa mengira darjat pasti sehingga hari ini ribuan orang sudah membeli produk sampah disetiap daerah tanpa disedari.

Sehubungan dengan ini warga prihatin harus menilai perbezaan antara penyiaran berlesen atau laman sosial yang mengikut naluri mereka sahaja untuk memuatkan apa juga dikehendaki berbanding akbar berlesen banyak tapisan harus dilakukan keatas apa juga berita mahupun iklan yang hendak disiarkan.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan perniagaan tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan