Jumaat, 23 Oktober 2020


TINDAKAN DRASTIK SESB DISANJUNG WARGA 

 Oleh. Norafzah Dollah 

Telipok. Sebaik didedahkan kru Media Terkini hasil laporan penduduk Telipok Darat terputus bekalan tenaga letrik awal pagi tadi pihak SESB pantas menghantar pihak petugas membaiki bekalan tenaga yang terputus namun tidak dapat dipastikan bila bekalan tenaga letrik terbabit dapat dipulihkan. 

Menurut beberapa penduduk kawasan Telipok Darat kerjasama antara pejabat SESB dengan seluruh penduduk kampung setiap hari  perlu dikekalkan disamping mencari jalan penyelesaian bagi meninjau pokok pokok sepanjang laluan bekalan tenaga letrik bertiang terbabit agar pokok pokok yang besar dan mampu memutuskan bekalan tenaga letrik dapat ditumbangkan bagi mengelak gangguan bekalan tenaga terputus tegas warga kampung kawasan terlibat. 











Nota. Dilarang memuatkan catatan ulasan berita atau memuatkan iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit.  Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan