Selasa, 20 Oktober 2020


 Oleh. Basron Kirwan 

MN DIDAFTAR KE ROS LANGKAH YANG TERBAIK 

Penyokong PAS dan UMNO memuji uasaha kedua dua parti tersebut sepakat mahu mendaftar Maufakat Nasional di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia secepat mungkin bagi persediaan dalam pilihan raya ke 15 akan datang.

Maufakat Nasional, Perikatan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah antara satu keseimbangan parti politik yang bakal menghalang pelbagai serangan parti parti lawan yang berhasrat mahu meraih semula sokongan rakyat dimasa akan datang.

Sungguhpun ianya satu kekuatan padu parti parti politik gabungan namun semua pemimpin parti politik terlibat harus turun padang mendekati seluruh rakyat penyokong mereka sepanjang masa jika mahu sokongan rakyat berkekalan ujar para penyokong mereka.





Nota. Dilarang mencatat sebarang ulasan dan menumpangkan sebarang pengiklanan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan