Selasa, 13 Oktober 2020

 ANGKA KORBAN COVID 19 DUNIA LEBIH 1.08 JUTA ORANG 

(PERLU DIBACA RAKYAT NEGARA MEMBANGUN)  

Oleh. Huzera Ben 

New York. Penyakit Covid 19 telah membunuh lebih 1.08 juta orang seluruh dunia sehingga kehari ini manakala jangkitan pula melebihi 38.04 juta orang sehingga hari ini.

Mendahului kes tertinggi kematian penyakit Covid 19 ialah Amerika Syarikat dengan angka kematian hingga kini 220,011 orang manakala golongan yang dijangkiti berjumlah 8 juta orang masa kini. 

Negara kedua tertinggi dijangkiti ialah India dengan jumlah 7.17 juta orang dan jumlah kematian pula meningkat kepada 109,000 orang.

Bagi negara ketiga tertinggi kematian penyakit Covid 19 ialah Brazil 150,709 orang manakala jangkitan pula mencapai 5.10 juta orang. 

Bagi negara Rusia sehingga kehari ini mencatat kematian 22,722 orang manakala jumlah jangkitan mencapai 1.31 juta orang.

Berdasarkan kepada rekod penyakit Covid 19  dalam seluruh dunia maju seharusnya masyarakat dan pemerintah disetiap negara membangun perlu berusaha mematuhi segala SOP yang perlu dilaksanakan setiap hari terutama melibatkan warga asing mahupun pendatang tanpa izin yang bersembunyi disetiap negara membangun diburu serta diarah menyerah diri buat pemeriksaan tanpa ada alasan membiarkan mereka terlepas pengesanan penyebar Virus Covid 19. 







Nota. Dilarang mencatat sebarang ulasan mahupun membuat pengiklanan dalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan