Khamis, 15 Oktober 2020

 ISU BANTUAN RAKYAT PERLU DIPOHON PEMIMPIN BAWAHAN 

Oleh. Koijul Hairul 

Sabah. Masyarakat berbilang kaum perlu bersatu memberi segala kerjasama terhadap badan kepimpinan kampung mahupun bandar demi kelancaran segala program penyaluran bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri mahupun dari peringkat pusat.


Semua program bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat jelata yang benar benar memerlukan tidak akan tercapai jika rakyat dan pemimpin bawahan tidak maufakat bagi menyalurkan permohonan menerusi wakil wakil rakyat yang dipilih mahupun dilantik oleh kerajaan masa kini.

Cetusan pandangan dari aktivis masyarakat Tuaran George Paulus bagi merungkai banyak kegagalan bantuan kerajaan terhadap rakyat jelata setiap tahun.

Kebanyakan pemimpin bawahan dan masyarakat tertentu yang bijak mengadu domba dengan pemimpin bawahan memilih individu terdekat dengan mereka sahaja untuk dikemukakan bagi mendapat bantuan kerajaan tegas nya.

Berdasarkan kisah paparan ini semua warga kampung boleh menegur dengan baik segala kealfaan golongan pemimpin bawahan agar kerajaan tidak ada tercicir memperolehi bantuan katanya. 





Nota. Dilarang memuat sebarang ulasan atau menumpang sebarang iklan perniagaan dalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan