Selasa, 20 Oktober 2020

 Oleh. Helary Sukiono 

TNI SERBA BOLEH MEMBANTU KEPERLUAN MASYARAKAT 

Kalbar. Tentera Nasional Indonesia yang bertugas diperpatasan bukan sahaja bisa mendepani serangan musuh menceroboh negara malah mereka bisa membantu pelbagai keperluan masyarakat warga desa terpencil. 

 Menurut penduduk Tinta Karya dan Wirayuda Kacamatan Ketungau Tengah Kabupaten Sintang warga desa sangat bersyukur Tentera Nasional Indonesia telah membina jalan raya tersebut sejauh 11 kilometer dimana pada sebelumnya menggunakan perhubungan sungai dengan kos antara RP50 hingga RP100 Ribu ujar mereka. 

TNI bukan sahaja membina jalan raya malah jalan raya semak samun sedia ada sekalipun petugas diperbatasan sentiasa berganding bahu bagi membersihkan jalan kampung berhampiran perbatasan tempat mereka berkhidmat ujar masyarakat setempat.

Satu lagi kerja amal TNI diperbatasan ialah membuat rondaan dikawasan perkebunan getah yang terdekat dengan sempadan bagi memastikan warga desa tidak berhadapan dengan pihak musuh negara termssuklah pihak penyeludupan keganasan dan semua kegiatan tidak sihat yang boleh memudaratkan nyawa warga kampung.





Nota. Dilarang membuat sebarang ulasan catatan atau memuat sebarang iklan didalam akbar ini tanpa mendapat kelulusan dari pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan