Isnin, 28 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang/Jopis Anak Lagau
 PAKATAN PEMBANGKANG SABAH JADI TUMPUAN
SABAH. Tindakan beberapa parti pembangkang tempatan dalam negeri ini membentuk kesefakatan dalam meghadapi BN masa pilihan raya akan datang cukup terserlah dan dilaporkan sentiasa bertambah sudut sokongan, ilham membentuk gabungan semua parti tempatan hasil ilham dari Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan dan Datuk Haji Mohd. Noor Mansur sebagai membentuk kekuatan parti kearah menyatupadukan masyarakat berbilang kaum agar tidak pecah sokongan parti politik mereka dalam menghadapi pilihan raya akan datang menentang Barisan Nasional.
Antara pemimpin pakatan pembangkang tempatan Sabah yang perlu menggarapkan kekuatan bersama ialah Datuk Wilfred M. Bumburing, Datuk Yong Teck Lee, Datuk. Lajim Ukin serta semua pemimpin pakatan parti pembangkang tempatan Sabah agar tidak berpecah belah bersama rakyat, golongan pemimpin pakatan pembang Sabah juga perlu mendampingi lebih kerap semua lapisan rakyat jelata terutama golongan penduduk bandar dan luar bandar demi memenangkan semua calon parti pembangkang tempatan jika berhasrat mahu berjuang bersama rakyat jelata Sabah.
Semua pemimpin parti pembangkang diperingkat tertinggi dalam Sabah juga wajar turun padang meninjau kerja pemimpin bawahan lebih kerap membela pelbagai keperluan perkampungan rakyat sepanjang menunggu pilihan raya ke 14 akan datang, rakyat jelata berbilang kaum amat penting dijaga serta diberi penerangan perjuangan sebenar pakatan parti pembangkang Sabah yang dituduh parti pembangkang dari Semananjung Malaysia sebagai klon atau pro BN bagi menghadapi parti mereka dalam pilihan raya sedangkan sama sama berjuang membentuk kerajaan.
Sukrin Tianggol dari Kota Belud berkata demikian dalam kunjungan kepada media terkini sebagai mendedahkan perjuangan pakatan parti pembangkang Sabah telus bersama membela masa depan pada generasi orang orang asal Sabah sebenar, pengorbanan Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan dalam memperjuangkan orang asal Sabah tidak lagi boleh dipertikai berbanding parti luaran Sabah yang sekadar memperkukuhkan jawatan kemenangan politik mereka namun status masa depan orang asal Sabah tidak ada jaminan jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan