Khamis, 17 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang/Arman Karim
Tajuk. PBS PERLU PENASIHAT KENANG JASA
Sabah. Seluruh ahli PBS yang setia dalam perjuangan perlu sebulat suara melantik Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan sebagai PENASIHAT KEHORMAT Parti Bersatu Sabah bagi mengenang jasa perkhidmatan dalam parti selama ini, malah teraju kepimpinan PBS gandingan Datuk Dr. Maximus J. Ongkili (Pemangku Presiden) Datuk Dr. Yee Moh Chai (Timbalan Presiden) Datuk Hajah Jamilah Sulaiman dan semua AMT parti.
PBS juga perlu mengenang jasa Huguan Siou dengan melantiknya sebagai Penasihat parti sepanjang masa kearah memperkasa perjuangan PBS bagi menghadapi cabaran politik alaf baru yang amat mencabar, tidak salah seluruh ahli PBS dalam Malaysia sepakat membuat usul bertulis bagi melantik Huguan Siou sebagai Penasihat PBS sebaik sahaja beliau bersara dari Presiden PBS agar semua ahli mampu bersedia dari sekarang.
Tuan Egol Onsim Basintal mantan Ketua Bahagian PBS N.24 Membakut berkata demikian dalam satu sidang media dengam media terkini sabah sebagai penghargaan dalam perjuangan menerajui PBS sejak mula ditubuhkan, kini generasi baru perlu mengenang jasa Huguan Siou demi tunggak perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah dan Malaysia amnya supaya akan menjadi contoh teladan baik dikalangan generasi akan datang ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan