Sabtu, 5 November 2016

Oleh. Jasly Dol/Jopis Anak Lagau
Tajuk. AGENDA 63 MAMPUKAH DIREALISASIKAN?
Sabah. Gerakan ceramah agenda 63 kerapkali dijayakan pelbagai kefahaman parti politik di pelusuk negeri ini oleh pelbagai badan NGO serta beberapa ahli politik tempatan dalam beberapa mini dewan hotel hotel tempatan, agenda tersebut dipercayai menjadi hak rakyat asli Sabah untuk memilih menyokong atau membantah jika benar ada pemimpin NGO atau ahli ahli politik Sabah iklas turun padang bagi mendapat suara sebenar rakyat asli dalam negeri ini secara jelas.
Agenda perjanjian Malaysia 1963 juga sememangnya wajar dirujuk pada seluruh rakyat jelata berusia 21 tahun keatas serta tulen Sabahan agar mendapat kata penentu disokong atau ditolak oleh mereka (rakyat) agar tidak terus menjadi teka teki sepanjang masa, jika agenda perjanjian Malaysia 1963 sekadar ditonton oleh bilangan kecil 100 orang setiap kali meting dijalankan ianya tidak mampu dilaksanakan tanpa sokongan suara ramai kearah merealisasikan agenda tersebut untuk masa depan anak watan Sabah.
Demikian luahan beberapa peserta pada Public Meeting Malaysia Agreement 1963 & Federal Constitution Article 1 (2) di Mini Dewan sebuah Hotel dekat Kota Kinabalu pada 5 Nov 2016 lalu, turut hadir pada majlis tersebut ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun Datuk Liew Vui Keong YBGH. Mr. Patrick Anak Uren YBGH. Ms. Lina Soo YBGH. Mr. Adrian Lasimbang Datuk Laurentius Nayan Ambu dan YB. Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.
Dalam jemputan khas tersenarai nama Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin namun tidak kelihatan pada awal ketibaan para jemputan VIP sehingga pertengahan para penceramah menyampaikan hujah hujah bernas untuk dihayati semua anak negeri Sabah, para tetamu yang hadir bersetuju agenda tersebut disampaikan pada seluruh anak anak asli Sabah bagi mendapat sokongan tanpa berselindung sepanjang masa apa tak lagi menghimpunkan antara 100 hingga 200 orang kearah meluahkan agenda sebesar yang dihajatkan oleh para pemimpin NGO dan ahli ahli politik tempatan Sabah.
Hanya anak anak asli Sabah lingkungan 21 tahun keatas mampu membuat keputusan agenda tersebut disokong penuh sebulat suara atau dibantah perjuangan tersebut dalam
negeri  ini, tidak ada sebarang unsur paksaan dalam agenda tersebut melainkan menyerah pada kuasa suara rakyat memilih mengembali agenda asal perjanjian pembentukan Malaysia atau kekal sekarang ujar penceramah terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan