Jumaat, 4 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau/Jasly Dol
Tajuk. MISUARI PERLU SIASATAN TERPERINCI
Sabah. Kenyataan Misuari menuduh pemimpin Malaysia terlibat dalang penculikan di Sipadan tahun 2000 perlu disiasat terperinci dalam pelbagai sudut agar dapat mengheret orang yang bersalah kemuka pengadilan bagi mendapat hukuman setimpal, sebagai satu negara yang memiliki kerajaan berdaulat sewajarnya mencari langkah bagi mengheret Nur Misuari kemuka pengadilan agar terbukti siapa sebenar dalang yang dimaksudkan dalam kenyataan tersebut.
Nur Misuari akan terus membuat pelbagai pertuduhan selagi tidak diseret kemuka pengadilan sehingga berani mengugut memutus perundingan kerajaan Malaysia umpama beliau seorang pemimpin negara berdaulat tanpa  rasa bersalah, Nur Misuari juga tidak menghormati kedaulatan negara jiran yang memiliki sistem kerajaan berperlembagaan dengan tuduhan yang amat sirius dimana mahkamah sahaja yang boleh memutuskan kebenatan tuduhan Nur Misuari tersebut.
Demikian pendedahan Gilbert Fauzi Abdullah seorang bekas keselamatan veteran dari Inanam sebagai mengulas kenyataan Nur Misuari di Manila bagi menggambarkan kes penculikan di Sipadan pada tahun 2000 tanpa menghormati kerajaan Malaysia yang berdaulat, jika Nur Misuari dibebaskan bercakap dari luar beliau akan terus menuduh pemimpin Malaysia terlibat dalang penculikan bila bila beliau rasa sesuai untuk membuat tuduhan walaupun terlalu sukar untuk mendedahkan bukti segala tuduhan yang dihujahkan tanpa menghormati orang lain jelasnya.
Sementara itu Datuk Louis Rampas mantan wakil rakyat DUN Kiulu menyokong Nur Misuari disiasat akibat membuat tuduhan melampau tanpa berfikir perasaan rakyat Malaysia terutama etnik asal Sabah dan Malaysia amnya dimana masih memiliki pertalian etnik keturunan dari negara Nur Misuari, jika benar Nur Misuari memiliki bukti sahih penglibatan pemimpin Malaysia keatas penculikan Sipadan tahun 2000 sila tampil kepejabat kehakiman negara Malaysia bagi membuktikan dakwaan jika tidak tolak dakwaan Misuari yang tidak benar demi nama baik Sabah dan Malaysia amnya ujar beliau.
Dalam tinjauan media-terkini-sabah.blogspot.com majoriti rakyat dalam negeri ini mengutuk kenyataan Nur Misuari di Manila Istana Presiden dengan angkuh dan tidak ada perasaan hormat negara kejiranan, perbuatan seumpama merupakan sikap bukan pemimpin disegani malah boleh dibenci oleh negara negara sekeliling dalam jangka panjangjika tidak dihentikan oleh pihak berkuasa negara Philifina jelas masyarakat Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan