Rabu, 30 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang
PARTI KOMPENAN BN DALAM DELEMA ?
Sabah. Beberapa parti kompenen BN masa kini dalam delema bagi memilih calon DUN yang dipertanggongjawabkan akibat masing masing kekurangan kredebeliti kepimpinan yang menjaga kerusi kawasan yang mereka wakili menerusi perkongsian kuasa, antara yang terlibat Dun Kiulu, Dun Tamparuli, Dun Inanam, Dun Luyang, Dun Kundasang, Dun Kuala Penyu, Dun Dambai dan Dun Kepayan dimana ramai pemimpin mereka berpuak puak tanpa keserasian bersama.
Terdapat juga beberapa bahagian parti kompenan BN yang meminta kerusi setempat diagihkan kepada mereka bagi mengimbangi kerusi baru yang dituntut oleh gerakan para pengundi baru namun sukar terlepas dari genggaman dari UMNO. Ianya melibatkan Dun Membakut, Parlimen Sepanggar, Dun Kerambunai, Dun Dambai, Dun Klias, Dun Tanjung Aru dan Dun Moyog dimana ramai pengundi dan pemimpin bahagian dilapor menjadi ahli politik atas pagar mengalihkan pandangan semua pemimpin parti.
Ada juga sebilangan pemimpin parti kompenan BN yang lebih berseorangan tanpa suka dikaitkan dengan mana mana parti politik dalam Sabah akibat terlalu banyak perbezaan kefahaman politik tanpa ada yang bertolak ansur, tidak hairan lah dalam beberapa bulan yang lepas dilaporkan banyak orang politik BN menyertai perjuangan parti pembangkang cara senyap tanpa dkesan orang orang politik atasan khususnya kawasaan dalam banda
Jelas orang ramai.
Dalam tinjauan Media Terkini kawasan Sabah terlalu banyak isu yang tidak terjawab dikalangan orang orang pemimpin parti politik peringkat bahagian namun kurang diberi perhatian kearah memperkemaskan perjuangan bersama seluruh rakyat, selain dari itu ada juga pemimpin bahagian terus menidak golongan kepimpinan diperingkat cawangan walaupun golongan terlibat berpengaruh seluruh masyarakat namun terus diketepikan oleh pemimpin atasan mereka tanpa diberi peluang bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan