Isnin, 7 November 2016

Oleh. Buji Turakang/Jasly Dol
Tajuk. NIAGA BARANG SELUDUP BADAN NGO MEMBISU?
KOTA KINABALU. Semua pengunjung bandaraya terunggul dalam negeri ini pasti akan terperanjat melihat ratusan orang penjual rokok seludup memenuhi pelbagai ceruk sepanjang deretan kedai tanpa ada yang menghiraukan perbuatan mereka melibatkan kerugian negara setiap jam tanpa lesen apa tak lagi cukai, anehnya ratusan pertubuhan NGO Sabah maha mengetahui kes ini namun tidak ada seorang pun berani bertindak untuk membuat laporan terperinci kepada pelbagai pihak berkuasa tempatan bagai baling batu sembunyi tangan seolah olah terlepas pandang akibat ghairah debat politik pembangkang dan parti memerintah.
Sarang rokok seludup siang dan malam, keliling Pasar Besar Kota Kinabalu, Sinsuran, Segama, Kg Air, Likas, Inanam, Menggatal dan Telipok tanpa sembunyi malah berani bersuara rokok....rokok.....rokok kepada siapa juga lalu lalang, orang ramai yang media terkini sabah temui merasa hairan dimana kah semua badan NGO dalam Sabah yang lantang bersuara menuntut hak sedangkan dipercayai orang asing jual rokok seludup masih diam membisu tegas mereka.
Kes seumpama bukan perkara baru malah telah berleluasa berpuluh tahun yang lalu namun sampai November 2016 masih lagi bebas malah bertambah banyak sampai beberapa kedai berlesen jual rokok terpaksa bungkus tak balik modal,  sudah sanpai masa nya semua badan NGO turun padang ternasuk lah penganjur Bersih dan Baju Merah Malaysia membantu pihak berkuasa memantau jual rokok seludup Sabah agar mampu mencapai wawasan sifar rokok seludup dalam kawasan tersebut pada tahun 2020 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan