Khamis, 10 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
Tajuk. PENCULIKAN RENTASI SEMPADAN BILA BERAKHIR?
SABAH. Bilakah "Penculik Rentas Sempadan" berakhir dalam negeri ini boleh terhapus berikutan Presiden Filipina Rodrigo Duterte membenarkan Malaysia kejar Penculik jika melarikan diri memasuki perairan  negara Filipina, persoalan ini menjadi perbualan hangat
dikalangan rakyat Sabah sejauh manakah keberkesanan pemantauan dan penjagaan terhadap kumpulan PENCULIK yang tidak pernah berhenti sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan niat menuntut wang tebusan.
Tragedi PENCULIKAN merupakan kerja orang orang tidak bertamadun serta hilang pegangan agama masing masing akibat harta dunia namun tidak banyak yang sedar bagaimana kumpulan terlibat melaksanakan kerja mereka jika tidak ada jurupandu, selain dari itu jika kumpulan PENCULIK ini tidak mahir membaca laluan laut dan pusat peranginan amnya perkampungan kawasan pantai timur Sabah adalah mustahil mereka (PENCULIK) dengan muda meloloskan diri masuk pulang ke Filipina tanpa masaalah.
Demikian pandangan beberapa bekas ahli politik veteran semasa ditemui media-terkini-sabah.blogspot.com sebagai memberi ulasan tragedi PENCULIKAN DAN PEMBUNUHAN jika tidak mendapat wang tebusan dari keluarga mangsa atau berkuasa dalam negara, semua ini harus diperhalusi bagi merungkai punca sebenar penculilk berleluasa tanpa henti terutama kawasan pantai timor dalam negeri ini apa tak lagi jika setiap culikan boleh dapat wang ringgit berjuta juta dalam sekelip mata namun sentiasa terlepas tegas mereka.
Sementara itu beberapa bekas anggota keselamatan yang tidak mahu disiar nama mencadangkan pada kerajaan Malaysia agar memperkasa unit risikan bagi mengesan semua dalang agar tragedi PENCULIKAN dapat dihentikan, jika kawasan dalaman Sabah khususnya pantai timur maka usaha menghentikan pasti gagal.
Apapun Isu pendedahan PENCULIKAN terpulang lah kepada pihak kerajaan Sabah dan Makaysia amnya bagi memperkasa risikan dalaman negara agar tidak berlaku GUNTING DALAM LIPATAN atau MUSUH DALAM SELIMUT dimasa akan datang, seluruh rakyat asli Sabah juga boleh menjadi mata dan telinga kerajaan jika berlaku sesuatu rancangan menculik supaya rancangan seumpama mampu dipatahkan oleh pihak berkuasa tempatan deni keselamatan rakyat setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan