Khamis, 17 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau/Bujie Tukarang
Tajuk. KALAU AKU JADI YB?
Sabah. Rakyat jelata berbilang kaum dan agama akan menjadi senang dan muda mendapat segala kemudahan tanpa pilih kasih sepanjang teraju lima tahun sebagai wakil rakyat dimana juga kawasaan dalam negeri ini, malah jika rakyat memilih saya menjadi wakil rakyat (YB) mereka saya tidak akan mengeciwakan segala permohonan mereka demi memperkasa perjuangan politik saya dimasa hadapan selagi diberi mandat.
Kebanyakan janji ini ditabur adalah semasa setiap kali menghampiri bahang panas pilihan raya tanpa seorang pun rakyat jelata memahami sebenar ertikata perumpamaan sebenar
dikalangan orang politik semata mata menabur gula pemanis bibir, namun selepas menang atau kalah dalam pilihan raya semua rakyat jelata yang pernah ditemui tidak lagi di ingati malah perhubungan talian telipon yang dijaga sebelum pilihan raya kini telah ditukar dengan nombor baru demi bersembunyi pada rakyat berbilang kaum.
Sejarah politik ini didedahkan oleh beberapa rakyat anak negeri Sabah sebagai memberi kesedaran betapa licik nya mereka (orang terjun politik) mengaburi hati dan mata rakyat berbilang kaum asalkan jadi pak turut, namun jika terdapat rakyat yang banyak persoalan berkaitan sumber peruntukan melibatkan kewangan pastinya orang terjun politik mengelak dari berurusan dengan rakyat berkenaan apa tak lagi rakyat berpendidikan.
Demikian penjelasan Woujis Gountilid veteran politik dari Tuaran sebagai mengulas pembohongan sebilangan pemimpin baru terjun politik bagi mendapat suara sokongan ramai rakyat jelata tanpa keiklasan yang sebenar membela rakyat yang memerlukan, selain dari itu sesetengah mereka juga suka cakap tidak serupa bikin apabila rakyat yang mahu minta bantuan seadanya pun diarah menunggu tak sudah ini kah yang mahu dipilih mahu menjadi wakil rakyat bagi kawasan yang memerlukan pembangunan dan membantu rakyat jelata ujar beliau.
Woujis Gountilid menambah, sebagai rakyat jelata anak negeri Sabah tidak gemar sesetengah orang terjun politik ini sekadar memperalatkan sokongan dan kerja rakyat mempromosikan politik mereka tanpa balas ehsan, dalam menjelang PRU ke 14 kali ini orang orang yang sudah terjun politik sudah lama bergerak minta sokongan orang orang kampung petani dan nelayan namun semua keperluan rakyat tak pernah diberi bantuan dengan menanti sampai jadi wakil rakyat katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan