Ahad, 20 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang/Jopis Anak Lagau
Tajuk. WARISAN BERGERAK KAWASAN RANAU
SABAH. Kerusi Parlimen dan DUN kawasan Ranau dirisik cara senyap oleh beberapa penaja parti WARISAN Pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Haji Afdal sejak beberapa minggu yang lalu bagi mendapat maklumat dari masyarakat bumiputera kawasan tersebut, kumpulan penaja terlibat dilaporkan tokoh tokoh pegawai kanan kerajaan yang telah bersara namun dipercayai mrndapat galakan dari penduduk perkampungan terpencil akibat terabai dalam arus pembangunan serta ketinggalan peningkatan ekonomi semasa.
Beberapa penduduk kawasan  Parlimen Ranau mendedahkan diantara kerusi yang menjadi idaman PARTI WARISAN ialah Dun Kundasang, Dun Paginatan dan Dun Karanan yang menjadi kubu BN menerusi UMNO, UPKO dan PBS setelah mereka menewaskan parti pembangkang pada PRU ke 13 yang lepas dengan kedudukan lebih dari 3 penjuru pembangkang menentang BN, jika perkiraan semua parti pembangkang tempatan Sabah sepakat satu hati menentang BN kawasan tersebut besar harapan kawasan tersebut mampu menggugat siapa juga calon BN bergantung gerak gempur warisan menawan jiwa rakyat ujar orang ramai.
Menurut sumber maklumat orang Ranau setakat ini Parti Warisan belum ada perkongsian dengan parti Solidiriti, SAPP, PCS serta gabungan menunggu dari Parti Harapan yang dilapor sedang menunggu dalam penggabungan dimeterai baru baru ini, Datuk Seri Mohd.Shafie Afdal Presiden Parti Warisan dilaporkan tidak hadir pada majlis permaufakatan gabungan parti tempatan Sabah yang dihoskan oleh Datuk Haji Mohd. Noot Mansur beberapa hari yang lepas demi permaufakatan pengagihan kerusi satu lawan satu dengan BN jelas penyokong gabungan.
Media Terkini Sabah dimaklumkan Parti DAP, KEADILAN, AMANAH dan PAS di Sabah tidak ada tanda tanda mahu bergabung dengan parti parti kecil Sabahan walaupun rakyat Asal Sabah sudah mencadangkan perkara tersebut namun tidak mendapat jawapan, apapun percaturan politik tempatan Sabah dengan parti bertaraf Nasional hanya rakyat jelata yang berhak memilih semasa keluar mengundi pada pilihan raya ke 14 akan datang dinana siapa yang kekal membantu hidup rakyat dalam tempoh tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan