Selasa, 29 November 2016

Oleh. Jasly Dol
BUAH JURIAT DILAPOR PENEBUS MANDUL ?
SABAH. Gempar BUAH JURIAT menjadi buruan pelbagai suku kaum semata mata membantu setiap pasangan suami isteri yang gagal mendapat anak walaupun terlalu sukar mempercayainya tanpa bukti yang sahi dipelusuk negeri ini, malah sesetengah orang mrngetahui BUAH JURIAT mendakwa inya dari luar negara diimport sebagai buah herba untuk buang panas namun akibat cari untung ia ditokok tambah khasiatnya dengan harganya mencecah RM10.00 sebiji kecil sahaja.
Kerajaan Sabah juga diminta turun padang mengkaji kesahihan BUAH JURIAT mampu memberi anak terhadap suami isteri yang mandul memandangkan ianya melibatkan maruah setiap orang yang membelinya dari mata masyarakat umum, jika ianya dibiarkan dipercayai lebih ramai keluarga MANDUL akan menjadi mangsa tanpa ada sebaramg kesedaran masyarakat sekeliling demi memburu keuntungan walaupun belum ada sebarang bukti sebenar keberkesanan nya.
Kebanyakan penjual BUAH JURIAT adalah terdiri dari masyarakat luar Sabah yang menjalankan perniagaan dalam negeri ini sejak beberapa bulan yang lalu tanpa sebarang pemantauan  dari pihak berkuasa tempatan, ramai juga mendakwa lebih ramai telah mencubanya namun masih gagal mendapatkan juriat seperti yang dijanjikan penjual walaupun telah membelanjakan wang mencecah ratusan dan ribuan ringgit ujar orang ramai.
Antara luahan Mr. Luentis Gadfur semasa bertemu dengan media terkini di Penampang sebagai mendedahkan harga emas BUAH JURIAT yang diburu suami isteri mandul sejak beberapa bulan yang lalu, pendedahan serupa sekadar memberi peringatan semua pihak agar apa juga herba tumbuhan yang dijual harus dikaji terlebih dahulu agar tidak berlaku kekeciwaan dalam memburu impian pasangan keluarga yang tidak memberi kemenangan ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan