Isnin, 21 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang
Tajuk. MENGAPA PENYANYI JALAN KAKI JUAL ALBUM ?
Sabah. Peminat industri hiburan dalam negeri ini terkilan dengan sebilangan penyanyi yang sanggup berjalan kaki bagi menjual keset dan cd serta dvd mereka dicelah celah lorong kedai mahupun pasar awam sejak beberapa bulan lalu dalam negeri ini, lebih mengelirukan lagi apabila penyanyi terlibat hanya berseorangan tanpa pengurusan syarikat rakaman mereka yang sepatutnya membantu mempromosi semua album penyanyi berkenaan agar nama baik industri hiburan terus terpelihara sepanjang masa.
Kebanyakan penyanyi yang terlibat bersendirian berjalan kaki menjual pelbagai jenis album mereka ialah golongan penyanyi lagu lagu Dusun Kadazan dan Rungus tanpa ditemani pihak pengurusan syarikat rakaman walaupun perlu berbuat demikian, ini amat menyedihkan malah pihak syarikat rakaman bagaikan lepas tangan terhadap sesiapa juga penyanyi dibawa jagaan mereka menjual semua bentuk album mereka tanpa mengambil kira maruah seorang penghibur berjalan kaki sendirian jual album mereka.
Pendedahan beberapa peminat industri hiburan tempatan Sabah yang menemui media-terkini-sabah sebagai membela nasip penyanyi yang diabaikan oleh pengurusan syarikat rakaman menjadi penjual album jalanan tanpa membantu promosi pengiklanan,  jika ianya dikekalkan berterusan sudah pasti industri hiburan Sabah tidak berkembang seperti apa perkembangan di Semananjung Malaysia yang cukup menjaga nasib para penyanyi dalam syarikat rakaman mereka selagi  kontrak masih berkuatkuasa ujar mereka.
Sehubungan dengan pendedahan ini pihak yang bertanggongjawab dalam industri hiburan turun padang mengkaji penyanyi syarikat rakaman agar nasib mereka terus terbela dengan berhenti menjual berjalan kaki setiap hari, maruah dan nama baik industri hiburan merupakan  aset besar pada tanah air terutama apabila kedatangan para pelancong dari dalam dan luar negara kearah memajukan pendapatan industri pelancongan dalam jangkamasa panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan