Selasa, 8 November 2016

Oleh. Jasly Dol
Tajuk. WARGANIAGA DIRAGUI BEBAS BERJUALAN
Tamparuli. Setiap rabu merupakan tamu mingguan pekan Tamparuli yang terbaik dimana majoriti penjual hasil tani merupakan penduduk bumiputera anaknegeri suatu masa dahulu namun kini telah berubah jauh sama sekali, semua penjual ditamu Tamparuli masa kini telah dikuasai masyarakat yang meragukan asal usul mereka namun semua penjual dikalangan anak negeri masih diam seribu bahasa walaupun mereka sudah tersepit ditengah kemelut serba salah.
Tamparuli merupakan terletak dalam kawasan Parlimen Tuaran dimana tamu mingguan nya pada hari rabu cukup menarik era kegemilangan 70 an dahulu namun kini telah banyak berubah dipenuhi penjual meragukan, sebagai contoh terdapat juga menjual rokok seludup jual herba tradisional termasuklah ditulis ubat tradisional dan ubat gosok tanpa dipamer kelulusan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia namun semua anak anak negeri berlumba lumba membelinya sampai ratusan dan ribuan ringgit.
Beberapa penduduk Tamparuli ketika ditemui masa tinjauan hari ini melaporkan pada dasarnya warga setempat bijak bercakap atau berdebat etnik mereka sendiri namun pada orang asing kelihatan bagai hilang suara tanpa sepatah kata, ini menimbul pelbagai persoalan dimana keberanian masyarakat anak negeri bagi mempertahankan lot perniagaan mereka dari diambil oleh orang asing tanpa sijil kelulusan bagi ubat yang dijual pada tapak tamu mingguan setempat jelas mereka.
Apapun pendedahan ini sekadar menjadi perkongsian bersama agar semua perkara yang berkait menyelahi undang undang wajib didedahkan supaya boleh dipantau serta diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan, sikap malu atau takut berhadapan warga asing perlu lah diketepikan demi masa hadapan para peniaga anak anak negeri ini dalam jangkamasa panjang serta mengawal bersama kebanjiran digelar pendatang tanpa izin secara berleluasa tanpa berharap pihak berkuasa semata mata jelas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan