Selasa, 15 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang
Tajuk. PERUNDING PELANCONG MEMBOHONG?
SABAH. Beberapa orang perunding pelancongan sanggup memperdaya orang ramai menyertai program pelancongan serta menjanjikan pekej umrah terhadap sebilangan pelanggan mereka dalam kempen bergerak tamu mingguan, tidak ada jaminan bertulis perunding berkenaan keatas beberapa mangsa yang diperdaya menerusi meja kedai kedai kopi berbincang memakan masa berjam jam tanpa mengira bangsa dan agama asalkan senang menjadi pak turut dalam pujuk rayu.
Agent Perunding terlibat juga kerap menjual cara bergerak dimana sebilangan barang dagangan diberi pada pelanggan terpakai atau tiruan demi mengaut keuntungan tanpa mengira kerugian orang lain, kes ini berlaku sejak setahun lalu dan majoriti yang menjadi mangsa setakat ini adalah tergolong orang melancong banyak wang dan tidak kisah sangat  setakat rugi seribu ke dua ribu ringgit seorang.
Bagi masyarakat yang melihat perbuatan seumpama adalah terlalu memalukan mengaut keringat orang lain tanpa pengetahuan mangsa apa tak lagi golongan mereka yang beragama tentunya menyakitkan hati, ada juga pakar pakar adat dan pelbagai agama mendakwa perbuatan seumpama membohong dan menipu adalah salah dan dikira pada adat keagamaan adalah haram jika pelaku sedar perlu memohon maaf cara terbuka pada mangsa mangsa beliau.
Gereford Tusibih seorang pemandu kereta sapu mendedahkan peristiwa ini sebagai bahan pengajaran masyarakat yang melawat Sabah sepanjang masa terutama golongan pelancong yang baru sampai kenegeri ini, tidak ada niat melibatkan mana mana agent perunding lain dalam Sabah melainkan mereka yang bersalah sahaja tentunya melenting panas telinga namun baik dijadikan pengajaran ujar beliau dengan rasa geram.
media-terkini-sabah.blogspot.com group

Tiada ulasan:

Catat Ulasan