Ahad, 13 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang
Tajuk. PELUANG DIKATA JANGAN DILEPAS
Sabah. Selepas diberi peluang menuntut hak negeri ini menerusi perbincangan maufakat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak para pemimpin Sabah membuat usul menerusi Dewan Undangan Negeri agar dapat dikemukakan diperingkat Parlimen kearah perbahasan, peluang seumpama tidak harus dibiarkan oleh para wakil wakil rakyat dalam negeri ini apa tak lagi hak hak ekonomi pengurusan sistem kerajaan negeri mahupun hak mutlak kuasa pentabdiran penuh pada kerajaan negeri ysng dipilih rakyat jelata berbilang kaum dalam negeri Sabah.
Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa hak hak Sabah boleh dubincang secara maufakat semasa perhimpunan Parti Upko di Penampang beberapa hari lepas dimana memberi satu peluang baru pada semua ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bersuara secara maufakat menuntut hak hak sebenar negeri demi melaksanakan mandat diberi oleh rakyat jelata, jika peluang yang diberi oleh pemimpin nombor 1 Negara masih di abaikan oleh wakil wakil rakyat (ADUN) maka masa depan mandat yang rakyat berikan itu bakal dituntut semula menerusi pilihan raya cara demokrasi dan jauh sekali melakukan demontrasi jalanan seperti perbuatan baju kuning mahupun baju merah yang rancak bertembung di Semananjung Malaysia.
Luahan seorang penulis politik veteran Jopis Anak Lagau sebagai memberi pandangan terhadap hak hak Sabah yang disuarakan oleh rakyat jelata serta pemin pemain parti politik terutama pembangkang sehingga membuka minda dan mata seluruh rakyat berbilang kaum dalam negeri ini, sebagai rakyat dalam borneo sudah tiba masa nya memberi kesedaran terhadap ahli ahli Dewan Undangan Negeri supaya membuktikan ketelusan mereka dalam menyampaikan amanat rakyat jelata setiap kali bersama wakil rakyat yang melawat perkampungan kawasan tanggongjawab dan terabai pembangunan ujarnya.
Jopis Anak Lagau yakin seluruh rakyat Borneo Sarawak dan Sabah amat mengharap peluang yang diberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mampu diusahakan oleh semua Adun agar dapat dikemukakan kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat ini agar rakyat mampu melihat usaha YB mereka pilih, isu perbezaan kefahaman parti politik dikalangan YB yang rakyat pilih harus diketepikan dalam kes menuntut hak Sabah dan Sarawak menerusi Perjanjian Pembentukan Makaysia pada 1963 yang sudah dilaungkan sejak berpuluh tahun yang lalu oleh golongan pemimpin terdahulu katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan