Ahad, 20 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
Tajuk. PENCULIKAN BAGAI MUSUH DALAM SELIMUT?
Sabah. Kes penculikan diperairan Merabung kawasan Lahad Datu menguji kesabaran rakyat anak asal negeri ini dimana ia amat mengelirukan kejadian terlalu awal sebelum perintah berkurung berjalan golongan terlibat sudah melakukan jenayah tanpa kenal dosa dan pahala, gerak kerja golongan terlibat bagai satu perancangan teratur dan dipercayai memiliki dalang sekerja mereka (nelayan) sekitar kawasan berhampiran kejadian memandangkan tragedi berlaku sebelum perintah berkurung berjalan serta pelbagai aspek lain yang masih dalam persoalan anak asal Sabah.
Kes penculikan golongan pelancong dan nelayan dalam negeri Sabah merupakan kejadian penuh persoalan apabila mereka mampu membaca gerak kerja petugas keselamatan diperairan kawasan perintah berkurung setiap bulan, ini menimbulkan keraguan munasabah dalam setiap minda anak asal Sabah tanpa musuh dalam selimut hargai tugas pasukan keselamatan berdepan dengan pelbagai risiko demi menjaga keamanan serta kedaulatan negara tanpa henti.
Penculikan terbaru diperairan Merabung Lahad Datu perlu dikaji dengan terperinci dan jika perlu gunakan khidmat perisikan negara sedia ada bagi mengetahui kedudukan sebenar tragedi PENCULIKAN tanpa penghujung, dalang sebenar penculikan ini bukan asing dalam negeri ini memandangkan mereka boleh membaca kawasan yang tidak memiliki petugas keselamatan terlatih serta tahu mangsa tidak ada kemudahan perhubungan canggih seperti radio perhubungan rosak disetiap kapal.
Semua keperluan tenaga pakar risikan terlatih perlu digembelingkan dan jika perlu pasukan risikan yang sudah bersara namun masih sihat wajib dikerah cara kontrak agar dapat membantu mencungkil rashia musuh dalam selimut ini, jika kerajaan negeri Sabah komited dalam membenteras kes kes penculikan berpanjangan ini mereka boleh membuat usul dengan Polis serta Tentera betapa perlunya unit risikan dikerah memasuki kawasan Perintah Berkurung  secara sembunyi jelas anak anak asal Sabah.
Mangsa culik terbaru diperairan Merabung Lahad Datu dilaporkan warga Indonesia Saparuddin Koni 43 tahun dan Sawal Maryam 36 tahun manakala 11 yang lain dibebaskan dengan diselamatkan kumpulan nelayan lain, dengan kes seumpama sudah sampai masanya kerajaan Sabah menggunakan khidmat  pakar risikan negara memasuki kawasan Perintah Berkurung secepat yang boleh agar mampu mengekang serta mrnamatkan petbuatan menculik demi nama baik Sabah dimata pelancong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan