Isnin, 7 November 2016

Oleh. Jasly Dol
Tajuk. GERAKAN BERSIH 5 TIADA PESAING?
Sabah. Gerakan baju kuning penganjur Bersih 5 nampaknya senang hati berikutan tidak ada pesaing yang digelar Baju Merah yang tidak mempunyai sebarang rangkaian dinegeri ini bagi bersaing dengan bersih baju kuning, ketiadaan pasukan Baju Merah juga menyenangkan tugas pihak berkuasa keselamatan agar tidak memudaratkan semua pihak yang bebas menganjur seumpama walaupun tidak mendapat permit.
Jika Bersih mendapat saingan seperti Baju Merah di Semananjung Malaysia pasti akan ada sedikit pesaing dimana mungkin golongan bersih boleh membisu seketika tanpa taksub dengan perjuangan mereka, selain dari itu progran Bersih 5 juga banyak dipengaruhi parti
politik pembangkang yang berusaha mendapat sokongan undi bonus dari rakyat berbilang
kaum dan agama agar mampu menang dalam pilihan raya ke 14 akan datang.
Menurut sumber maklumat kumpulan Bersih 5 akan mengadakan gerakan himpunan aman dalam masa terdekat dikawasan tanan tropika berhampiran Jabatan Arkib Sabah walaupun tidak memperolehi permit dari pihak berkuasa tempatan, malah Bersih 5 di Sabah juga cukup berani memandangkan tidak ada badan NGO seperti baju Merah di Semananjung Malaysia bersaing menghalang segala pergerakan baju kuning jelas penduduk Sabah yang
ditemui.
Apapun langkah gerak pasukan Baju Kuning Bersih 5 terpulang lah pada rakyat sebagai menilai sesuai dijejaki atau sebaliknya memandangkan kebanyakan masyarakat hari ini sudah  dewasa dan berfikir sendiri, kata orang yang baik membentuk perpaduan dan keamanan disamping menjauhi permusuhan dan sengketa adalah lebih baik dari berpuak puak demi kepentingan peribadi tanpa kaji perasaan masyarakat sekeliling jelas anak anak negeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan