Ahad, 27 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang/Jasly Dol
 PENAJA TANAH PERKUBURAN GONTUONG ROSOK PERLU BANTUAN
KOTA BELUD. Umat Islam di Kg. Gontuong Rosok memohon bantuan sumber kewangan dari pihak kerajaan negeri mahupun persekutuan khususnya pihak Jabatan Agama Islam Sabah bagi membentuk Tanah Perkuburan Islam dari pelbagai keperluan prasarana, inya melibatkan pengaspalan Jalan masuk kekuburan, pemagaran keliling serta pembinaan pondok Jenazah bagi keperluan jika berlaku musibah kematian sebagai tempat betteduh pada musim tengkujuh  agar tidak berlaku kepayahan menjaga jenazah dengan payong mahupun tempat perletakan Jenazah semasa menunggu urusan penggalian tanah perkuburan ujar mereka.
Tanah perkuburan Kg. Gontuong Rosok dilaporkan berjumlah 5 ekar namun masih terbiar tanpa dapat diusahakan akibat ketidak adaan kewangan sebagai membangunkan tapak tersebut seperti semua tanah perkuburan yang telah diguna pakai dalam kawasan Kota Belud, adalah menjadi kesukaran orang orang Islam kampung Gontuong Rosok mengurus jenazah bagi tapak perkuburan tidak memiliki jalan raya serta pondok persinggahan jenazah melainkan mendapat bantuan kewangan dari kerajaan mahupun Jabatan Agama Islam Negeri Sabah secepat yang boleh.
Demikian ulasan Serikun Singkutung Pengurusi Penaja Pengurusan Tanah Perkuburan Orang Islam Kg. Gontuong Rosok dalam satu pertemuan media-terkini-sabah.blogspot.com dekat sini hari ini, beliau mengharap kepada kerajaan negeri dan para pemimpin kerajaan kawasan Kota Belud membantu masaalah tersebut demi manafaat hampir 50 orang umat Islam kampung tersebut dibawah jagaan KK. Puan Yainah Sandadar jelas beliau penuh harapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan