Jumaat, 25 November 2016

Oleh. Jasly Dol/Bujie Tukarang
Tajuk. BN PERLU CALON PARTI BERWIBAWA
Sabah. Barisan Nasional (BN) perlu memilih kewibawaan calon dan parti di DUN Darau dan DUN Kadamaian jika mahu menang berhadapan pakatan parti pembangkang tempatan pada PRU ke 14 dijangka tidak lama lagi, jika BN tidak bergerak menemui rakyat pengundi didua kawasan tersebut bagi mendapat sumber maklumat sahi siapa calon berwibawa kemahuan rakyat pengundi kawasan DUN Kadamaian serta DUN Darau ia diramal akan mengalami kekalahan banyak seperti pilihan raya ke 13 yang lalu akibt silap meletak calon yang dicadang suara orang orang mengundi.
DUN Darau dilapor menjadi tuntutan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sejak beberapa bulan yang lalu walaupun mereka belum memiliki cawangan yang kukuh berbanding UMNO, PBS dan UPKO yang telah bertahun tahun berjuang bersama rakyat setempat, bagi DUN Kadamaian pula pengundi setempat menolak pemimpin yang sering bertukar parti semata mata mendapat jawatan yang tinggi tanpa ada perbincangan dengan semua penduduk yang telah memberi undi kemenangan setiap kali pilihan raya demi kesetiaan.
Demikian ulasan Abdul Tapaka seorang aktivis politik veteran di Parlimen Sepanggar bagi krdua dua DUN Darau dan DUN Kadamaian semasa bertemu dengan media terkini demi mempertahankan dua DUN dari tawanan pembangkang pada PRU ke 14 akan datang, tidak ada faedah calon pilihan raya dari golongan segak gaya tampan pada luaran jika seluruh rakyat jelata tidak komited memberi sokongan calon serupa tambahan pula masa kini cabaran pilihan raya dijiwa rakyat cukup mencabar akibat sikap beberapa pemimpin kerajaan terdahulu yang tidak sebulu sesama sendiri jelasnya.
Abdul Tapaka menambah, tinjauan diantara DUN Darau dan DUN Kadamaian bukan senang mahu BN menang jika tersilap memilih calon serta parti yang mahu mewakili rakyat kawasan setempat apa tak lagi DUN Kadamaian yang telah ditawan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU ke 13 yang lalu, walaupun YB Kadamaian dari PKR lalu namun kini telah menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) masa kini dimana aktif melobi mahu menjadi calon pilihan raya akan datang sedangkan pengundi Kadamaian menunggu BN mencalonkan seseorang tokoh PBS lebih 20 tahun dikawasan tersebut tanpa sebarang kecacatan kepimpinan politik dalam PBS sebagai seorang Setiausaha sepanjang perkhidmatan parti katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan