Jumaat, 11 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
Tajuk. JENAYAH RENTAS SEMPADAN MENGAPA SEPI?
Sabah. Pengumuman Komender Esscom Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid sedang memburu 23 suspek jenayah rentas sempadan merupakan langkah semua badan NGO dan
ahli ahli politik bersatu merisik pergerakan mereka tanpa mengira bangsa dan agama, namun semua badan NGO ahli ahli politik tempatan (Sabah) masih tidak nampak sebarang suara mereka bersama apa tak lagi rancangan anak anak watan dalam negeri ini kearah membuat risikan kedudukan dan pergerakan kumpulan terlibat apa tak lagi dengan jumlah badan NGO yang terlalu ramai.
Jika dilihat seluruh negara khususnya Sabah badan NGO dan penyokong pelbagai parti politik sememangnya terlalu ramai namun musuh negara bagai terlepas pandang berbanding perkara remeh didepan mata terus diperbesarkan, selain badan NGO pasukan Angkatan sukarelawan juga mencapai ratusan ribu orang disetiap negeri namun pelaku jenayah rentas sempadan puluhan orang sahaja tak mampu mereka menbantu memberi maklumat kepada pihak keselamatan negeri serta negara amnya.
Mamai Kuriding Gajibas bekas pasukan keselamatan berkata demikian sebagai mengulas pelbagai tragedi berkaku cara yang mengerikan namun semua menyepi diri tanpa menampilkan diri dengan kerja untuk negara dan masyarakat,  ada juga ahli ahli NGO dan parti parti politik tempatan suka cari nama sahaja berbanding merisik penjenayah rentas sempadan kearah melakukan kemudaratan pada negara namun NGO masih dengan perkara saling bertelagah sesama sendiri sedangkan talibarut penculik bebas keluar masuk dalam negara jelas beliau.
Dalam konteks penculikan dalam Sabah tak ada penghujungnya semua badan NGO apa warna baju sekalipun termasuk lah badan badan sukarela berkerjasama mengintip gerakan kumpulan termasuklah talibarut mereka demi nyawa dan harta wang ringgit orang berada di Sabah, selain dari itu tak perlu lah saling mencabar berhimpun ditengah jalan antara kumpulan mereka baju merah atau baju kuning memandangkan masa Lahad Datu diceroboh dahulu tak ada pun suara apa tak lagi kelibat kedua dua kumpulan tersebut jelas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan