Oleh. Huzera Ben
MAMPUKAH LOGO INI MEYAKINKAN MAKANAN HALAL ?
Borneo. Isu makanan halal bagi umat Islam dalam Borneo dilaporkan terlalu longgar praktiknya apabila ramai yang bersandarkan terhadap logo ini SERVE NO PORK walaupun pengusaha kedai makan bukan beragama Islam, disana sini kedai makan bukan Islam menampalkan logo ini semata mata mahu menarik perhatian orang orang Islam melanggani kedai makan mereka setiap hari jelas beberapa ulama setempat.
Selain dari itu isu seumpama tidak menarik perhatian generasi muda mudi dalam tinjauan kru media terkini dibeberapa kedai bukan Islam masih dilanggani muda mudi umat Islam baru baru ini, tidak kurang juga yang sanggup santai dikedai bukan Islam termasuklah mereka yang ada menjual minuman keras tanpa segan silu menjadi hamba kepada minuman beralkohol walaupun ditegah bagi umat Islam dalam kawasan Borneo jelas orang ramai yang ditemui.
Jadikan pendedahan ini sebagai iktibar dan pedoman bagi menghindari perbuatan yang melanggar hukum hukum agama Islam yang dipilih oleh setiap umat Islam tanpa paksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan