Selasa, 20 Ogos 2019

DR. ZAKIR DILARANG CERAMAH UMUM
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur.  Dr. Zakir Naik seorang penceramah agama Islam diperintah tidak mengadakan Ceramah Umum seluruh negara demi keselamatan dan ketenteraman awam, larangan tersebut dibuat berikutan Polis telah menerima 115 laporan golongan yang tidak berpuas hati dengan kontroversi ceramah beliau yang membabitkan isu perkauman yang dilaporkan menyinggong perasaan kaum Cina dan India.
Sungguhpun Zakir Naik sudah memohon maaf secara terbuka namun Polis DiRaja Malaysia lebih mengutamakan keselamatan secara keseluruhan melibatkan kaum dan agama agar tidak ada yang mempertikaikan sebarang perbelahan kaum dan agama dalam kebebasan ceramah umum sehingga berlaku mengguris perasaan golongan bukan Islam dan bukan Melayu.
Dengan larangan ceramah umum Zakur Naik seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama kembali vermaufakat seperti yang berlaku perpaduan antara Sarawak dan Sabah berpuluh etnik dan kepercayaan agama namun boleh duduk makan minum semeja tanpa permusuhan atau pergeseran agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan