Sabtu, 24 Ogos 2019

 HAIKENG NOGUTAS GONIPIS
Oleh. Norafzah Dolah
 Lawa Mondou merupakan tiang bukit dari Nogutas merentasi Dongk
 ungon, Gonipis dan Segindai sehingga ke Bukit perkampungan
Logkou Baru dimana banyak menyimpan sejarah lama yang
jarang diketahui oleh golongan generasi muda mudi hari ini, namun para peserta haikeng masa kini tidak menunjuk keazaman bagi menghayati sejarah setiap bukit yang dilawati melainkan sekadar suka suka merakam gambar dengan kembali kedestinasi masing masing tanpa sejarah yang dibawa demi warisan kisah benar buat generasi cucu cicit akan datang apa tak lagi dalam zaman it masa akan datang perlu cendikiawan cerdik pandai.
Dalam daerah Kota Kinabalu dilapurkan berpuluh tempat yang dikatakan tempat Haikeng dengan tempat tempat menarik namun bukit Nogutas Dongkungon Gonipis Sogindai memiliki keajaiban bukan sahaja sejarah kisah benar malah menarik pemandangan bandar Kota Kinabalu serta Laut dan Pulau Gaya sampai ke Kerambunei, selain dari itu kawasan bukit tersebut mempunyai tumbuh tumbuhan khazanah alam yang menarik dengan pelbagai jenama dan mampu melihat pemandangan Bundu Tuhan serta Gunung Kinabalu sangat menarik dimusim kemarau dan kurang berkabus jelas wargatua setempat.
Menurut penulis tamu media terkini Aki Kinabalu Bukit Lawa Mondou, Nogutas,  Nondion,  Dongkungon, Kinikiran,  Gonipis dan Sogindai sehingga Bukit Logkou Baru sememangnya terlalu banyak kisah sejarah benar ratusan tahun dahulu, namun pada masa kini tidak ramai sudah yang mengetahui sejarah kisah benar tersebut walaupun amat berguna seperti yang dipaparkan dalam akbar Mingguan Waktu Sabah lebih kurang 13 tahun lepas dimana akbar tersebut sudah tidak ada lagi namun penulisnya masih ada dan aktif dalam industri akbar hingga kini masih boleh dibuat rujukan jika ada yang mahukan sejarah ujar beliau.
Aki Kinabalu kerap mengunjungi kawasan tersebut sehingga pernah merakam gambar mahluk berambut putih dan kulit berwarna ungu dibukit Dongkungon beberapa tahun lalu lebih kurang jam 10.00 pagi, namun bertawakal kepada Tuhan yang satu tidak ada masaalah besar bagi menjelajah bukit tersebut melainkan mempamerkan ketaksuban dan angkuh sepanjang berada dikemuncak bukit terlibat pasti akan ada pelbagai gangguan terutama mereka yang kurang pendinding diri tegas beliau.
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, sama sama kita memelihara sejarah warisan dibukit Nogutas hingga ke Bukit Gonipis demi sejarah akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan