Jumaat, 23 Ogos 2019

APA KATA ANDA DENGAN MEREKA?
Oleh. Jusupi Kurdi/Ginur Kujilit
Melihat Bandaraya Kota Kinabalu amat menarik diperkatakan terutama sebutan diluar negeri namun berjalan keseluruh penjuru bandaraya ini ramai terlepas pandang apabila susunan tubuh bergelimpangan bertukar ganti setiap hari jika tersilap pandang umpama jasad tidak bernyawa.
Ini lah masaalah dikalangan ketagih KAKI BOTOL tanpa terkawal di Ibu Negari sejak beberapa bulan lepas menurut sumber maklumat orang ramai yang ditemui.
Golongan kaki botol ini sesuka hati duduk berkumpulan meneguk alkohol MONTOKU sebelum mabuk dan berterikan sebelum tertidor bergelimpangan dilorong lorong belakang bangunan kedai yang hanya boleh dilihat oleh golongan pejalan kaki.
Menurut maklumat wargakota penjualan MONTOKU (minuman beralkohol) terlalu bebas penjualan tanpa mengira status pembelinya menyebabkan kaki botol dan golongan gelendangan bergelimpangan tidor bagai tidak bernyawa, tidak hairan lah golongan yang cintakan keindahan dan jeselanatan ibukota mencadangkan supaya penjual MONTOKU diberi garis panduan agar tidak membenarkan penjualan terhadap PENGANGGOR DAN GELANDANGAN demi mengelakan mereka bergelimpangan  dimerata tempat dalam lorong lorong bangunan kedai seluruh Kota Kinabalu setiap hari tanpa ada rasa serba salah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan