Khamis, 13 Julai 2017

Gambar Puan Normalawati Haji Hassim Pengurusi Penganjur Majlis Silaturrahim Perpaduan KRT Zon 2 Bandar Raya Kota Kinabalu merangkap Pegawai Perpaduan Zon Bandaraya Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar.
Oleh. Bujie Tukarang
MAJLIS SILATURRAHIM PERPADUAN KRT TERBUKA DIDEWAN MASYARAKAT MENGGATAL
Kota Kinabalu. Orang ramai kawasan Bandaraya dijemput meneriahkan Majlis Silaturrahim KRT Zon 2 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Menggatal pada 15 Julai 2017 bermula jam 08.00 pagi dengan pelbagai acara telah disusun, majlis tersebut akan dirasmikan oleh Datuk Hajah Zainab DSP Haji Ahmad Ayed Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap Wakil Rakyat Dun Kerambunai bagi memupuk perpaduan dan mengeratkan silaturrahim masyarakat berbilang kaum sekitar kawasan tersebut.
Akbar Media Terkini yang mendapat sekadar nota pendek dari pegawai dipejabat berkenaan tidak cukup sumber maklumat bagi rujukan pihak  pembaca didalam kawasan namun warga mukim Menggatal dan sekitar adalah dijemput memeriahkan majlis tersebut, dipercayai pelbagai acara telah disusun dari awal pagi hingga melepasi waktu tengahari dan juga disediakan jamuan ringan bagi jemputan rasmi bagi menghargi kehadiran terhadap para jemputan khas tanpa memilih bangsa dan agama jelas AJK penganjur.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Puan Delin Liet Blaun Pengarah JPNIN Sabah serta beberapa jemputan khas dari beberapa jabatan kerajaan kawasan Kota Kinabalu dimana acara dijangka berakhir lebih kurang jam 3.00 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan