Ahad, 9 Julai 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
SEMUA MAKANAN SEGERA WAJAR DITUDUNG SEKITAR  PERMIS JUALAN
Borneo. Jabatan Kesihatan Malaysia wajar turun padang meninjau semua penjual makanan segera di tamu tamu mingguan mahupun pasar malam berikutan terlalu ramai yang sambil lewa tidak menutup tudundvmakanan dan lauk yang dijual dengan siap sudah dimasak, dalam situasi gerai jualan terbuka sudah pasti debu tidak dapat dinilai berapa jumlah memenuhi seluruh makanan terbuka ini disamping memberi peluang kepada pelbagai jenis lalat mahupun serangga menghinggapi makanan mereka tanpa disedari golongan pelanggan.
Sebagai peniaga makanan digerai gerai terbuka seharusnya mengutamakan kebersihan makanan dan bukan membiarkan terbuka menanti serangga, lalat mahupun debu debu halus bagi mencemari makanan yang dijual kepada pelanggan berbilang bangsa dan agama namun segalanya bagai terlepas pandang oleh peniaga semata mata mengaut keuntungan, bagi pihak pembeli pula sewajarnya mereka membuka mata bagi melihat kebersihan makanan yang dijual sekitar gerai gerai terbuka apa tak lagi makanan tidak bertudung sudah pastinya memudaratkan kesihatan pelanggan jika kuman dan debu terkumpul dalam usus manusia menerusi jangkamasa panjang apa tak lagi jika golongan penjual tidak memiliki sijil pengesahan kesihatan.
Antara pendedahan yang dikemukakan kepada media terkini dari seorang bekas pengunjung gerai makan terbuka tidak bertudung walaupun semua makanan segera yang telah dimasak menjadi rebutan pengunjung tanpa tanggongjawab penjual bagi menutup semua jenis makanan jualan mereka, Mr. Gondiwoi Timbalag terkilan memandangkan majoriti penjual gerai makanan segera yang sudah siap dimasak langsung tidak menghiraukan pemasangan tudung semua makanan dan lauk mereka walaupun menjadi perhatian rakyat Malaysia mahupun pelancong dari luar negera setiap hari namun mengaut keuntungan melalaikan golongan penjual ujanya.
Dengan teguran membina ini semua pihak bertindak tegas demi kepentingan pelanggan dalam dan luar negara amnya agar nama baik Sabah dan Sarawak menjadi contohi kebersihan kepada pelancong dalam dan luar negara setiap masa, sikap sambil lewa dan lalai wajar ditinggalkan demi memelihara kebersihan makanan sedia ada agar seluruh pelanggan akan tetap menjadi pembeli dengan makanan mereka tiap hari masa berada di Borneo ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan