Khamis, 20 Julai 2017

SUKA HATI MELETAK TAMBANG BUS KK KE INANAM
Oleh. Bujie  Tukarang
Kota  Kinabalu. Kerajaan Sabah perlu mengambil tindakan penyiasatan setiap hari keatas semua Bus Mini 13 penumpang serta lebih 30 penumpang dari Kota Kinabalu menuju Inanam, Menggatal, Telipok, Telipok Ria dan Tuaran yang sesuka hati menaik kadar tambang setiap hari mengikut kemahuan sendiri, perkara ini telah berlaku sejak setahun lalu dipercayai pemandu kedua tanpa dikesan pemilik sebenar bus berkenaan disamping membebankan rakyat jelata yang menjadi pengguna tetap pengangkutan awam negeri Sabah sejak bertahun tahun lamanya.
Selain operasi siasatan bus setiap hari pihak kerajaan juga perlu membatalkan pemandu kedua memadangkan mereka ini bukan sahaja menaik harga kadar tambang setiap hari bah kan sanggup membawa GENG KONDAKTOR antara 3 hingga 4 orang sebagai pengawal peribadi jika ada menegur kadar tambang naik yang amat menyusahkan orang ramai.
Dalam kejadian terbaru bersama edisi siasat media terkini yang membuat penyamaran dengan penumpang yang kerap menjadi mangsa penipuan kadar tambang dari Kota Kinabalu ke Inanam dan Telipok mendapati kegiatan seumpama terus berleluasa tanpa menyedari mereka diperhatikan, malah geng kondaktor berkampung didalam Bus bagi menghadapi teguran penumpang dengan kata kata, "kalau tidak ada duihnya inggah usah naik, jalang kaki saja bodoh botol ini orang", abtara bait kata kata kondaktor bus dengan rakan rakan subahat mereka didalam bus dengan penuh angkuh bagaikan mereka lah paling besar dan berkuasa didalam bus dan jalan raya kawasan Kota Kinabalu dan sekitar masa kini.
Sehubungan dengan pendedahan ini rakyat jelata seluruh daerah Kota Kinabalu sehingga ke Tuaran meminta operasi besar besaran dari pihak Kerajaan Negeri perlu dipergandakan setiap hari bagi mengesan perbuatan pemandu dan kondaktor berkaitan agar kegiatan mereka dapat diambil tindakan sewajarnya sebagai pengajaran serta teladan dikalangan pemandu dan kondaktor lain, kes seumpama tidak seharusnya dibiarkan jika kerajaan tidak mahu reputasi negeri Sabah dari pandangan orang ramai khususnya melibatkan golongan pelancong dari luar negara yang sentiasa silih berganti setiap hari memasuki negeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan