Selasa, 25 Julai 2017

Oleh. Peranak Samah
KEBERANIAN KETELUSAN KEWIBAWAAN SINAR  KEJAYAAN
Sabah. Rakyat berbilang kaum akan berusaha bersatu dalam perjuangan para pemimpin yang bersatu berani telus berwibawa dan memahami inspirasi rakyat berbilang kaum khususnya dalam beberapa keperluan penting mereka, sebilangan pemimpin yang tidak pernah melihat keperluan mendesak rakyat jelata tidak mampu menghimpunkan rakyat jelata dalam satu rumah menerusi proses pilihan raya sehingga berlaku team berpuak puak seperti pecahan undi serupa PRU ke 13 yang lalu.
Berbeza pada PRU ke 14 akan datang ini seluruh rakyat anak negeri Sabah telah memilih satu perjuangan yang kukuh dengan menepati segala perlembagaan serta matlamat perjuangan  mengutamakan rakyat tanpa berlaku keciciran anak negeri yang dilahirkan dalam negeri Sabah tanpa mengira bangsa dan agama, menyatupadukan seluruh rakyat anak negeri Sabah bukan semudah apa yang dibayangkan oleh sebahagian pejuang parti politik melainkan memahami apa kehendak rakyat jelata didalam bandar mahupun dikawasan luar bandar yang memerlukan peningkatan pembangunan dan ekonomi mereka.
Marcus Bendimin berkata demikian sebagai mengulas halatuju politik rakyat anak negeri Sabah menjelang pilihan raya ke 14 akan datang apa tak lagi selama ini rakyat jelata anak negeri Sabah sering dimanipulasi oleh kumpulan ahli politik terdahulu walaupun bukan semua namun anak anak negeri Sabah telah memahami golongan terlibat, anak anak negeri Sabah mampu menentu acuan politik yang mereka menangkan dalam pilihan raya dengan hanya sekali sahaja mendengar seruan politik berani telus dan iklas memperjuangkan semua isu besar yang anak anak negeri kemukakan terhadap pemimpin parti politik disetiap kawasan yang parti politik bayangkan mereka mampu menangi jelasnya.
Marcus Bendimin dari Tamparuli mengaku mendengar perjuangan Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah namun belum bersemuka dengan Presiden parti tersebut Datuk Henrynus @ Rinus Amin namun dalam kacamata anak negeri Sabah beliau berwibawa dan berani, Datuk Henrynus @ Rinus Amin juga seorang murah hati dalam keadaan bertemu warga anak negeri Sabah yang menghadapi kesulitan kehidupan bergantung kepada kesediaan yang terdapat dalam tangan beliau tanpa bertangguh seperti segelintir  masyarakat berkemampuan dipelusuk negeri ini cakap besar keiklasan  tiada jelas beliau.
Media Terkini juga dihujani panggilan bertanya letaknya pejabat Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah namun sehingga berita ini ditulis belum ada maklumat dari Jawatankuasa Pusat dan Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah diletak kan bagi kemudahan ahli dan penyokong parti tersebut bagi berurusan perjuangan mereka, malah dimana juga terdapat lawatan pemimpin parti berkenaan sentiasa dikerumuni rakyat helata berbilang kaum walaupun dalam peringkat pengenalan oleh jawatan kuasa pusat parti berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan